Wednesday, 23 March 2016

Be one of us...!

Arghhh agak busy jugaklah aku dua minggu ni. exams, presentation,.. so hari ni baru je lepas IGA arab. kalau korang tanya aku, semua jawapan aku bantai ja. mu lantak la nak jadi apa paper tu. migrain jawab.

So entry hari ni ialah untuk membincangkan UIA. Ceh serius cam apa. for juniors korang dah dapat slip kan, dah tau result macam mana. tak kisahlah apapun, bersyukur dengan apa yg korang dapat. result SPM aku takdelah gempak tapi okey equal and balance kahkah. and guys korang mesti sibuk duk pikiaq nak isi apa for UPU. so my suggestion is isi je semua! hangpa apply ja semua universiti kat malaysia ni haha. UPU ni orang kata dia amik secara rawak so even korang tak mintak pun dia bagi je apa dia nak bagi.

contoh paling mudahnye cam aku lah haha. Mak isikan UITM (pasal kita pening nak isi sendiri kahkahkah) tapi UPU dapat UIA...! and aku mmg tak penah terpikir nak masuk UIA pun sebab sedar diri ni IQ cam pffftt...!nak kata bodoh tu dak ler. and it turned out dapat course yg aku tak penahh terpikir pun nak apply. Architechure. deymmm...  

tapi okeylah, budak2 UIA pun bukanlah pandai2 semua tapi mostly SPM diorang 6A ke atas la. kay rasa pendek jap. for those yang tercari-cari nak amik kos apa or kalau korang nak tau pasal UIA, I can tell you from here. 

UIA ni dia tawar asasi. takde diploma eh jangan nak menggatal mention pasal diploma. tempoh asasi lebih kurang 2 tahun. depends jugaklah ada yang setahun, ada yang setahun setengah or dua tahun cam aku. dia depends pada result exam korang masa mula2 masuk UIA. yes!!! ceq bagitau awal2 naa, nanti ada exam EPT dan APT. English and arab placement test. exam ni akan tentukan tempoh asasi korang.

TAARUF

Okey sepanjang taaruf(orientasi) ni korang bagi sister, kena pakai tudung putih emm leceh kan. and kat sini tudung putih kena pakai seminggu sekali, on wednesday. taaruf ni err seminggu ke dua minggu ek lupa dah ceq...

PAKAIAN?

orait.. for CFS tau kan kita baru asasi, even kita dah masuk U pun kita still terikat dengan few rules ala2 budak sekolah. itu tak boleh ni tak boleh. CFS pakaian ke kelas cuma baju kurung atau jubah je for sisters. or at least la kan, pakai t-shirt labuh dengan skirt. tudung up to you. shawl pun boleh tapi corak kosong. no fancy shawl yang manik2 bagai tu. for brothers, pakai shirt la. t-shirt tu boleh jugak tapi ada lecturer yang fussy suka formal dia nak brothers pakai shirt jugak so depends la. untuk outing(ohh yeahh outing!) bab paling disukai. kalau gi outing orang dalam bas mostly memamg student CFS haha. outing ni haa suka lah nak pakai apa tapi still baju labuh dan skirt. seluar takleh ye sisters sekalian.

BARANG ELEKTRIK?

Kat sini, every electrical equipment korang mesti ada stiker khas UIA. stiker ni sekeping RM10 beli kat department. sebab apa, anggap jelah korang dah pun membayar setiap cas elektrik yg korang guna. nanti ada spotcek selamatlah dari kena denda tapi spotcek sangat2 la jarang and kita mmg takleh predict bila. 

sama jugak spotcek pakaian, rambut dan matrik kad. kat dalam notis pun memang dah bagitau kan kasut mesti gelap which means hitam, biru gelap or kelabu. matrik card pulak mesti dipakai, takmo simpan je dalam purse. tudung jangan singkat. masuk UIA does not mean you have to wear tudung very2 labuh. cukuplah tutup dada dan tak jarang tu dah memadai. 

Kalau korang keluar gi outing tu, pemakaian errr pak guard ni depends tau. ada pak guard yang dah pakai elok2 dia still tahan. menyampah tau. ada pak guard yang sister pakai seluar ketat2 dia buat lek buat peace jer ee ittew rasa cam nak bagi kaki je! so konklusinye your hopes are on your luck muahaha. 

outing kalau malas nak gi jejauh cam mid valley ke KL sentral ke pegi jelah jayaone. dekat jalan kaki je pun. tapi jayaone cam takde apa sangatlah tapi ada tokyo avenue haa. jual barang2 jepun cam pinggan mangkuk or makanan jepun pastu ada jual barang2 anime CD ke fail anime ke notebook anime keychain, mug haa! tu aku suka sangat hahahah tapi harga pun boleh tahanlah tu yang selalu mampu cuci mata je tak mampu beli hahha. hari selasa plak ada pasar, dekat jugak sebelah UIA je.

So nak bagitau ni, it's up to you lah nak pegi mana UIA sekadar pilihan. saje nak promote of course aku study sini aku promote la tempat belajar aku. kalaulah korang dapat UIA ni tapi tak dapat kos yang korang nak, bila masuk sini nanti korang boleh tukar kos. and UIA, bila sambung degree kat main campus nanti which is at Gombak, kita terus diserap masuk UIA. tempat kita memang kat UIA. kalau macam matrik kan dia habis matrik, kena apply sekali lagi U mana nak pegi. tapi asasi UIA memang dah tetap degree kita. in sya Allah, jaga pointer, under 1.67 kena buang. Kalau pointer cantik, sambung degree nanti korang dapat biasiswa.

and since asasi, kita adalah dapat elaun hehe dalam RM1250 gitu satu sem eh bukan satu bulan! tapi elaun lambat masuk so everytime masuk awal sem pandai2 sedia duit poket dulu sementara tunggu elaun masuk. serius memang lambat dia masuk. aku dah sem 3 ni elaun masuk tunggu dua bulan pergh nasib memang dah prepare duit awal2. 

Kalau tak yakin masuk U, korang pegilah form 6. hei form 6 ni bagus tau, aku pun mula2 pegi form 6 dulu sebelum masuk UIA. aku memang first intake so dapat belajar sekejappp je. and kalau tak aku suggest korang mohon SPA, ni buat sape2 yang nak kerja tetap lepas je dah habis tempoh latihan. maksudnya, korang study er latihan la kan kos apa yang korang amik for dua tiga tahun, habis je terus kerja. macam aku mak aku applykan SPA dalam kos2 under kementerian kesihatan. banyaklah choices, MA ke, jururawat ke, juru x-ray ke, farmasi and so on. so graduate terus kerja. 

okey! harap ni this is enough. panjang sangat dah ni. aku taktau nak tulis pasal apa lagi so kalau korang ada soalan tanya je. aku jawab apa yang aku tau. next entry tak tau bila tapi mungkin pasal course aku. 

 



 

 

 



 

No comments:

Post a Comment